Aktifkan Wi-Fi pada iPad anda
Pergi ke Seting > Wi-Fi, kemudian aktifkan Wi-Fi.
Untuk menyertai rangkaian, ketik satu daripada berikut:
Rangkaian: Masukkan kata laluan, jika diperlukan.
Lain: Sertai rangkaian tersembunyi. Masukkan nama rangkaian tersembunyi, jenis keselamatan dan kata laluan.
Jika kelihatan di bahagian atas skrin, iPad disambungkan ke rangkaian Wi-Fi. (Untuk mengesahkan ini, buka Safari untuk melihat halaman web.) iPad bersambung semula apabila anda kembali ke lokasi yang sama.