Luar Talian
Peranti iOS atau iPadOS berada di luar talian jika:
Dimatikan
Tidak disambungkan ke rangkaian data seperti 3G, 4G, LTE atau Wi‑Fi
Mac berada di luar talian jika:
Dimatikan
Tidak disambungkan ke internet melalui Wi‑Fi atau Ethernet
Apple Watch berada di luar talian jika:
Dimatikan
Tidak disambungkan ke rangkaian Wi‑Fi
Tidak disambungkan ke iPhone
Nota: Apple Watch Series 3 atau terkini (GPS + Cellular) berada di luar talian jika peranti ini dimatikan atau tiada perkhidmatan selular.
AirPods berada di luar talian jika:
Kehabisan bateri
Berada di dalam bekasnya
Jarak AirPods dengan salah satu peranti iOS atau peranti iPadOS anda adalah di luar julat (AirPods berada dalam lingkungan jarak kira‑kira 33 kaki (10 meter))
Produk Beats di luar talian jika:
Dimatikan
Berada di luar julat dari salah satu peranti iOS atau iPadOS anda (julatnya bergantung kepada model produk Beats)
Jika peranti berada di luar talian (atau jika Cari sedang cuba menyambung ke peranti), satu titik kelabu akan muncul bersebelahan peranti tersebut dalam senarai Peranti Saya.