Jenis ahli Perkongsian Keluarga

Ahli kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mempunyai peranan berbeza bergantung pada umur mereka.

Nota: Umur seseorang dianggap dewasa atau kanak-kanak berbeza mengikut negara atau rantau.

  • Pengelola: Seorang dewasa yang menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga. Pengelola boleh menjemput ahli keluarga, mengeluarkan ahli keluarga dan membubarkan kumpulan.

  • Dewasa: Seorang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga yang berumur 18 tahun atau lebih.

  • Ibu Bapa/Penjaga: Ahli keluarga dewasa kumpulan Perkongsian Keluarga yang boleh membantu mengurus kawalan ibu bapa untuk kanak-kanak dalam kumpulan. Apabila pengelola menambah orang dewasa ke kumpulan Perkongsian Keluarga, mereka boleh menetapkan mereka sebagai ibu bapa atau penjaga jika terdapat ahli kanak-kanak atau remaja dalam kumpulan.

  • Kanak-kanak atau remaja: Seorang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga berumur di bawah 18 tahun. Pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh mencipta Akaun Apple untuk kanak-kanak yang terlalu muda untuk mencipta akaun sendiri. Lihat artikel Sokongan Apple Cipta Akaun Apple untuk anak anda.