Guna HomePod sebagai Interkom
Untuk memastikan semua orang memahami perkara yang sama, anda boleh menghantar mesej Interkom kepada semua ahli rumah anda. Contohnya, sebut “Hai Siri, interkom makan malam sudah siap!” untuk jemput mereka ke meja makan. Anda juga boleh menghantar mesej Interkom ke bilik atau zon tertentu.
Nota: Interkom disokong pada iPhone dengan iOS 14.2 atau lebih baharu, iPad dengan iPadOS 14.2 atau lebih baharu dan Apple Watch dengan watchOS 7.1 atau lebih baharu.
Hantar mesej Interkom
Apabila anda menghantar mesej Interkom, mesej suara anda dihantar ke semua speaker HomePod di dalam rumah anda, serta kepada semua peranti iPhone, iPad dan Apple Watch semua ahli rumah anda. Secara lalai, semua ahli rumah anda menerima pemberitahuan Interkom pada peranti mereka semasa mereka berada di rumah.
Cuba mana-mana contoh berikut menggunakan HomePod, iPhone, iPad atau Apple Watch:
“Hai Siri, interkom siapakah yang makan biskut terakhir?”
“Hai Siri, umumkan kepada semua saya telah pulang!”
“Hai Siri, tanya semua ‘Di manakah cermin mata saya?’”
“Hai Siri, umumkan kepada semua saya telah menjumpai cermin mata saya.”
“Hai Siri, umumkan kepada semua saya membawa anjing berjalan-jalan.”
“Hai Siri, interkom ‘Dalam perjalanan pulang, mahu saya belikan apa-apa?’”
Untuk menghantar mesej ke HomePod di dalam bilik atau zon tertentu, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, beritahu pejabat ‘Filem akan bermula’” atau “Hai Siri, umumkan di tingkat atas ‘Saya hendak pergi ke kedai’”.
Balas mesej Interkom
Selepas mesej Interkom dimainkan pada HomePod, anda boleh membalasnya. Jika mesej dikongsi dengan seluruh isi rumah, balasan anda dihantar ke semua speaker HomePod di dalam rumah anda, serta ke peranti iPhone, iPad dan Apple Watch semua ahli rumah anda. Jika mesej dihantar ke bilik khusus anda, balasan anda dihantar hanya kepada HomePod atau peranti yang menghantar mesej asal.
Cuba mana-mana contoh berikut menggunakan HomePod, iPhone, iPad atau Apple Watch:
“Hai Siri, balas ‘Saya akan berada di sana.’”
“Hai Siri, umumkan kepada semua baru menyiapkan kerja sekolah.”
Nyahaktifkan atau hadkan pemberitahuan Interkom
Secara lalai, semua ahli rumah anda menerima pemberitahuan Interkom pada peranti mereka semasa mereka berada di rumah. Anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan Interkom untuk iPhone, iPad, atau Apple Watch anda; pilih untuk menerimanya hanya semasa anda berada di rumah; atau pilih untuk sentiasa menerimanya.
Nota: Untuk menerima pemberitahuan Interkom di peranti anda, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi. Pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi.
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, anda melihat seting untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik Interkom.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Nyahaktifkan pemberitahuan: Ketik Jangan.
Dapatkan pemberitahuan hanya apabila anda berada di rumah: Ketik Apabila Saya di Rumah.
Sentiasa dapat pemberitahuan: Ketik Mana-mana.
Nyahdayakan Interkom
Anda boleh menyahdayakan Interkom pada sesetengah atau semua speaker HomePod dan aksesori didayakan Siri, atau nyahdayakannya untuk ahli individu rumah anda.
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, anda melihat seting untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik Interkom.
Lakukan salah satu yang berikut:
Nyahdayakan Interkom untuk HomePod atau aksesori: Di bawah HomePod, nyahaktifkan HomePod atau aksesori.
Nyahdayakan Interkom untuk ahli rumah anda: Di bawah Orang, nyahaktifkan ahli rumah anda yang tidak boleh menghantar atau menerima mesej Interkom pada iPhone, iPad atau Apple Watch mereka.