Gunakan Mod Hilang dalam Cari Peranti di iCloud.com
Mod Hilang membolehkan anda mengunci iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch supaya pengguna lain tidak boleh mengakses maklumat peribadi anda. Anda boleh menghidupkan Mod Hilang dalam Cari Peranti di iCloud.com.
Mod Hilang memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum seperti yang disenaraikan dalam artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.
Untuk mendaftar masuk ke Cari Peranti, pergi ke icloud.com/find.
Apakah yang berlaku apabila anda menggunakan Mod Hilang atau mengunci peranti yang hilang?
E‑mel pengesahan dihantarkan ke alamat e‑mel Apple ID anda.
Anda boleh mencipta mesej untuk peranti yang mengatakan peranti telah hilang dan cara menghubungi anda.
Untuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan Apple Watch, peranti anda tidak akan memaparkan isyarat atau memainkan bunyi apabila anda menerima mesej atau pemberitahuan, atau jika sebarang penggera berbunyi. Peranti anda masih dapat menerima panggilan telefon atau panggilan FaceTime.
Untuk iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch, anda melihat lokasi semasa peranti anda pada peta dan juga sebarang perubahan dalam lokasinya.
Untuk peranti yang berkenaan, kad pembayaran dan perkhidmatan lain digantung.
Hidupkan Mod Hilang atau kunci peranti
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih peranti dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda sudah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Klik Tandakan Sebagai Hilang.
Ikuti arahan pada skrin dan jangan lupa perkara berikut:
Kod laluan dan kata laluan: Jika iPhone, iPad, iPod touch atau Apple Watch anda mempunyai kod laluan, kod ini diperlukan untuk membuka kunci peranti. Jika tidak, anda akan diminta untuk mencipta kod laluan sekarang. Jika anda mengunci Mac berasaskan Intel, anda mesti mencipta kod laluan berangka walaupun anda sudah menyediakan kata laluan pada Mac anda. Jika anda mengunci Mac dengan Apple silicon, Mac itu dikunci dengan Apple ID dan kata laluan anda.
AMARAN: Anda tidak boleh membuka kunci Mac dalam talian atau pada peranti lain. Anda hanya boleh membuka kunci pada Mac yang anda tandakan sebagai hilang.
Perkongsian Keluarga: Jika anda cuba untuk meletakkan iPhone, iPad atau iPod touch ahli keluarga dalam Mod Hilang dan peranti tidak menyediakan kod laluan, anda mesti memasukkan kata laluan Apple ID individu tersebut pada komputer ini. Jika anda cuba mengunci Mac ahli keluarga, anda mesti memasukkan kata laluan Apple ID individu tersebut pada komputer ini.
Maklumat hubungan: Jika anda diminta supaya memasukkan nombor telefon, masukkan nombor di mana anda boleh dihubungi. Jika anda diminta untuk memasukkan mesej, anda mungkin ingin menyatakan bahawa peranti tersebut hilang atau menyatakan cara untuk menghubungi anda. Nombor dan mesej dipaparkan pada skrin Kunci peranti.
Tukar maklumat hubungan anda pada peranti yang hilang
Selepas anda menandakan iPhone, iPad, iPod touch atau Apple Watch anda sebagai hilang, anda boleh mengemas kini maklumat hubungan anda.
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih peranti dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Klik Mod Hilang, tukar maklumat dan klik Selesai.
Matikan Mod Hilang pada iPhone, iPad, iPod touch atau Apple Watch
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih peranti dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Klik Mod Hilang, klik Hentikan Mod Hilang, kemudian klik Hentikan Mod Hilang semula.
Anda juga boleh mematikan Mod Hilang dengan memasukkan kod laluan anda pada peranti. Jika anda menghidupkan Perlindungan Peranti Hilang pada iPhone anda, anda mungkin perlu menggunakan Face ID atau Touch ID.
Nota: Jika anda mempunyai sebarang kad yang telah digantung apabila anda meletakkan peranti dalam Mod Hilang (kad kredit atau debit untuk Apple Pay, kad ID pelajar atau kad Transit Ekspres), anda boleh menggunakan kad tersebut semula apabila anda mematikan Mod Hilang dan mendaftar masuk semula ke iCloud.
Pulihkan kod laluan dan buka kunci Mac anda
Jika anda mengunci Mac berasaskan Intel, anda boleh memulihkan kod laluan dalam talian.
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih Mac dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Klik Buka Kunci, kemudian ikuti arahan pada skrin untuk mengesahkan identiti anda dengan kata laluan Apple ID anda.
Apabila anda mempunyai kod laluan, masukkannya pada Mac anda.
Jika anda mengunci Mac dengan Apple silicon, anda mestilah memasukkan Apple ID anda (atau alamat e‑mel atau nombor telefon lain pada rekod) dan kata laluan untuk membuka kunci Mac tersebut. Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa Apple ID anda dan Jika anda terlupa kata laluan Apple ID anda.
Anda juga boleh menggunakan Cari pada sebarang peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Gunakan Cari untuk mencari orang, peranti dan item.
Jika anda tidak dapat menggunakan Mod Hilang kerana Cari tidak disediakan pada peranti anda yang hilang, lihat artikel Sokongan Apple Cari iPhone atau iPad anda yang hilang dengan Cari.