Panduan Pengguna iPad
- Panduan Pengguna iPad
- Baru dalam iPadOS
- Model disokong
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Buka app pada skrin Utama
- Ambil gambar skrin atau rakaman skrin
- Tukar atau kunci orientasi skrin
- Tukar hias latar
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Seret dan lepas
- Cari dengan iPad
- Gunakan AirDrop untuk menghantar item
- Lakukan tindakan cepat
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
- Melancong dengan iPad
-
-
- Lihat foto dan video
- Edit foto dan video
- Edit Live Photos
- Edit foto mod Potret
- Susun foto dalam album
- Cari dalam Foto
- Kongsi foto dan video
- Lihat Memori
- Cari orang dalam Foto
- Layari foto mengikut lokasi
- Gunakan Foto iCloud
- Kongsi foto dengan Album Dikongsi iCloud
- Gunakan Strim Foto Saya
- Import foto dan video
- Cetak foto
- Pintasan
- Saham
- Petua
-
- Kongsi sambungan Internet anda
- Buat dan terima panggilan telefon
- Gunakan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac
- Serahkan tugas antara iPad dan Mac
- Potong, salin dan tampal antara iPad dan Mac anda
- Sambungkan iPad dan komputer anda menggunakan USB
- Selaraskan iPad dengan komputer anda
- Pindahkan fail antara iPad dan komputer anda
-
-
- Mulakan semula iPad
- Kemas kini iPadOS
- Sandarkan iPad
- Kembalikan seting iPad kepada lalainya
- Pulihkan semua kandungan daripada sandaran
- Pulihkan pembelian dan item dipadamkan
- Jual atau berikan iPad anda
- Padam semua kandungan dan seting
- Pulihkan iPad kepada seting kilang
- Pasang atau keluarkan profil konfigurasi
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Gunakan VoiceOver dengan papan kekunci luaran Apple
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Sesuaikan gerak isyarat dan pintasan papan kekunci
- Gunakan VoiceOver dengan peranti penuding
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Zum
- Kanta Pembesar
- Paparan & Saiz Teks
- Pergerakan
- Kandungan Dituturkan
- Perihalan Audio
-
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Hidupkan dan sediakan iPad
Hidupkan dan sediakan iPad baru anda dengan sambungan Internet. Anda juga boleh menyediakan iPad dengan menyambungkannya ke komputer anda. Jika anda mempunyai iPhone, iPad, iPod touch atau peranti Android lain, anda boleh memindahkan data anda ke iPad baru anda.
Nota: Jika iPad anda diberikan atau diuruskan oleh syarikat, sekolah atau organisasi lain, jumpa pentadbir atau guru untuk arahan persediaan. Untuk mendapatkan maklumat umum, lihat tapak web Apple di Tempat Kerja atau tapak web Pendidikan.
Sediakan untuk persediaan
Untuk menjadikan persediaan selancar mungkin, pastikan anda mempunyai item ini:
Sambungan Internet melalui rangkaian Wi-Fi (anda mungkin memerlukan nama dan kata laluan rangkaian) atau perkhidmatan data selular melalui pembawa (model Wi-Fi + Cellular)
Apple ID dan kata laluan anda; jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan
Maklumat kad kredit atau debit anda, jika anda mahu menambah kad ke Apple Pay semasa persediaan
iPad lama anda atau sandaran peranti anda, jika anda memindahkan data ke peranti baru
Peranti Android anda, jika anda memindahkan kandungan Android anda
Hidupkan dan sediakan iPad anda
Tekan dan tahan butang atas sehingga logo Apple muncul.
Jika iPad tidak hidup, anda mungkin perlu mengecas bateri. Untuk mendapatkan bantuan lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika iPhone, iPad, atau iPod touch anda tidak dapat dihidupkan atau beku.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Sediakan Secara Manual, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Jika anda mempunyai iPhone, iPad, atau iPod touch lain dengan iOS 11, iPadOS 13, atau lebih baru, anda boleh menggunakan Mula Cepat untuk menyediakan peranti baru anda secara automatik. Letakkan dua peranti dekat bersama, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyalin kebanyakan seting, keutamaan dan Rantai Kunci iCloud anda dengan selamat. Anda kemudian boleh memulihkan baki data dan kandungan anda ke peranti baru anda daripada sandaran iCloud anda.
Atau, jika kedua-dua peranti mempunyai iOS 12.4, iPadOS 13, atau lebih baru, anda boleh memindahkan semua data anda secara wayarles daripada peranti anda yang sebelumnya ke peranti baru anda. Pastikan peranti anda berhampiran antara satu sama lain dan disambungkan ke kuasa sehingga proses penghijrahan selesai.
Anda juga boleh memindahkan data anda menggunakan sambungan berwayar antara peranti anda. Lihat Gunakan Mula Cepat untuk memindahkan data dari peranti iOS anda sebelum ini ke iPhone, iPad, atau iPod touch baru anda.
Jika anda buta atau mempunyai penglihatan yang lemah, klik tiga kali butang Utama (pada iPad dengan butang Utama) atau klik tiga kali butang atas (pada model iPad lain) untuk mengaktifkan pembaca skrin, VoiceOver. Anda juga boleh mendwiketik skrin dengan tiga jari untuk mengaktifkan Zum.
Berpindah daripada peranti Android kepada iPad
Apabila anda menyediakan iPad anda buat pertama kali, anda boleh memindahkan data anda daripada peranti Android secara automatik dan selamat.
Nota: Anda boleh menggunakan app Pindah ke iOS hanya apabila anda menyediakan iPad kali pertama. Jika anda telah menyelesaikan persediaan dan mahu menggunakan Pindah ke iOS, anda perlu padamkan iPad anda dan mulakan semula, atau pindahkan data anda secara manual. Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan kandungan secara manual daripada peranti Android anda ke peranti iOS anda.
Pada peranti dengan Andoid versi 4.0 atau lebih baru, lihat artikel Sokongan Apple Pindah daripada Android kepada iPhone, iPad, atau iPod touch dan muat turun app Pindah ke iOS.
Pada iPad anda, lakukan yang berikut:
Ikuti pembantu persediaan.
Pada skrin App & Data, ketik Pindahkan Data daripada Android.
Pada peranti Android, lakukan yang berikut:
Aktifkan Wi-Fi.
Buka app Pindah ke iOS.
Ikuti arahan atas skrin.
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca Maklumat keselamatan penting untuk iPad sebelum menggunakan iPad.