Gunakan perlindungan privasi dan keselamatan terbina dalam iPad
iPad direka untuk membantu melindungi data dan privasi anda. Ciri privasi terbina dalam meminimumkan maklumat anda yang tersedia kepada orang lain selain anda dan anda boleh melaraskan jenis maklumat yang dikongsi serta tempat anda berkongsi maklumat. Ciri keselamatan terbina dalam membantu menghalang sesiapa selain anda daripada mengakses data pada iPad anda dan dalam iCloud.
Untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri privasi dan keselamatan yang dibina dalam iPad, ikuti amalan ini.
Lindungi akses ke iPad anda
Setkan kod laluan yang kukuh: Mengesetkan kod laluan untuk membuka kunci iPad anda ialah perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk melindungi peranti anda.
Gunakan Face ID atau Touch ID: Face ID (model disokong) atau Touch ID (model disokong) menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk membuka kunci iPad anda, mengesahkan pembelian dan bayaran, serta untuk mendaftar masuk ke kebanyakan app pihak ketiga. Lihat Sediakan Touch ID pada iPad atau Sediakan Face ID pada iPad.
Aktifkan Cari iPad Saya: Cari membantu anda mencari iPad anda sekiranya hilang atau dicuri dan menghalang orang lain daripada mengaktifkan atau menggunakan iPad anda sekiranya hilang.
Kawal ciri yang tersedia tanpa membuka kunci iPad anda: Nyahbenarkan atau benarkan akses ke beberapa ciri yang biasa digunakan, seperti Pusat Kawalan dan sambungan USB, apabila peranti anda dikunci.
Pastikan Apple ID anda selamat
Apple ID anda memberikan akses kepada data anda dalam iCloud dan maklumat akaun anda untuk perkhidmatan seperti App Store dan Apple Music. Untuk mengetahui cara melindungi keselamatan Apple ID anda, lihat Pastikan Apple ID anda selamat pada iPad.
Jadikan daftar masuk akaun lebih selamat dan mudah
Untuk tapak web dan app yang mengambil bahagian, terdapat berbilang cara untuk membuatkan daftar masuk lebih mudah dan selamat.
Daftar masuk dengan kunci laluan: Kunci laluan membolehkan anda mendaftar masuk ke tapak web dan akaun app dengan Face ID atau Touch ID berbanding kata laluan. Disebabkan kunci laluan tidak meninggalkan peranti yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda disebabkan dan kunci khusus untuk tapak web atau app yang anda cipta untuknya, kunci laluan terlindung daripada kebocoran dan cubaan memancing. Tidak seperti kata laluan, anda tidak perlu mencipta, mengawal, atau mengingati kunci laluan.
Gunakan Daftar masuk dengan Apple: Anda boleh menggunakan Apple ID anda dan bukannya mencipta dan mengingati nama pengguna serta kata laluan untuk mendaftar masuk ke akaun. Daftar masuk dengan Apple juga menyediakan keselamatan pengesahan dua faktor dan mengehadkan maklumat tentang anda yang dikongsi.
Biarkan iPad mencipta kata laluan yang kukuh: Jika sokongan kunci laluan atau Daftar masuk dengan Apple tidak tersedia semasa anda mendaftar untuk perkhidmatan, biarkan iPad mencipta kata laluan kukuh secara automatik yang anda tidak perlu ingat.
Untuk semua kata laluan tapak web dan app anda, terdapat banyak cara lain untuk menjadikan daftar masuk anda lebih selamat dan mudah.
Gantikan kata laluan yang lemah: Jika anda mencipta sebarang kata laluan yang lemah atau diceroboh, iPad mengenal pasti kata laluan secara automatik untuk dibaiki oleh anda.
Kongsi kunci laluan dan kata laluan dengan selamat: Gunakan AirDrop untuk berkongsi kunci laluan atau kata laluan secara selamat dengan seseorang yang menggunakan iPhone, iPad, atau Mac mereka.
Gunakan pengesah terbina dalam untuk pengesahan dua faktor: Untuk tapak web dan app yang menawarkan pengesahan dua faktor, isikan kod pengesahan yang dijana secara automatik tanpa bergantung pada mesej SMS atau app tambahan.
Pastikan kunci laluan dan kata laluan terkini pada semua peranti anda: Rantai Kunci iCloud memastikan kelayakan anda terkini merentas peranti lain anda secara automatik.
Uruskan maklumat yang anda kongsi dengan orang dan app
Kawal penjejakan app: Semua app perlu meminta keizinan anda sebelum menjejak anda atau iPad anda merentas tapak web dan app yang dimiliki oleh syarikat lain untuk pengiklanan atau untuk berkongsi maklumat anda dengan broker data. Anda boleh menukar keizinan kemudian dan anda boleh menghentikan semua app daripada meminta keizinan.
Kawal perkara yang anda kongsi dengan app: Anda boleh menyemak dan melaraskan data yang anda kongsi dengan app, maklumat lokasi yang anda kongsikan, perkakasan yang anda kongsikan dan cara Apple menghantar iklan kepada anda dalam App Store, Apple News dan Saham.
Semak amalan privasi app: Pergi ke halaman produk app dalam App Store untuk ringkasan dilaporkan pembangun tentang amalan privasi app, termasuk data yang dikumpulkan. Untuk app yang anda muat turun, semak Laporan Privasi App, yang menunjukkan anda cara app menggunakan kebenaran yang anda berikan.
Lindungi privasi e-mel anda
Lindungi aktiviti Mail anda: Aktifkan Perlindungan Privasi Mail untuk menyukarkan pengirim mengetahui aktiviti Mail anda. Perlindungan Privasi Mail menyembunyikan alamat IP anda supaya pengirim tidak boleh memautkannya kepada aktiviti dalam talian anda yang lain atau menggunakannya untuk menentukan lokasi tepat anda. Perlindungan Privasi Mai juga menghalang pengirim daripada melihat sama ada anda membuka e-mal yang dihantar kepada anda.
Sembunyikan alamat e-mel peribadi anda: Apabila anda melanggan iCloud+, Sembunyikan E-mel Saya membolehkan anda menjana alamat e-mel rawak unik yang dimajukan ke akaun e-mel peribadi anda. Anda tidak perlu berkongsi alamat e-mel peribadi anda semasa mengisi borang atau mendaftar surat berita pada web, atau semasa menghantar e-mel.
Lindungi pelayaran web anda
Gunakan internet dengan lebih privasi dengan Geganti Peribadi iCloud: Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Geganti Peribadi iCloud untuk membantu anda menghalang tapak web dan penyedia rangkaian daripada mencipta profil terperinci tentang anda.
Uruskan privasi anda dan bantu lindungi diri anda daripada tapak web hasad: Safari membantu menghalang penjejak daripada mengikuti anda merentas tapak web. Anda boleh menyemak Laporan Privasi untuk melihat ringkasan penjejak yang telah ditemui dan dihalang oleh Pencegahan Penjejakan Pintar pada halaman web semasa yang anda sedang lawati. Anda juga boleh menyemak dan melaraskan seting Safari untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi daripada orang lain yang menggunakan peranti sama dan membantu melindungi diri anda daripada tapak web hasad. Lihat Layari secara peribadi dalam Safari pada iPad.
Sekat iPad anda jika ia menghadapi serangan siber sofistikated
Jika anda mendapati iPad dan akaun peribadi anda disasarkan oleh serangan jauh sofistikated, anda juga boleh membantu melindungi diri anda dengan Mod Penyekatan. Mod Penyekatan menawarkan tahap keselamatan ekstrem untuk segelintir pengguna yang disasarkan secara peribadi disebabkan identiti atau perbuatan mereka oleh sesetengah ancaman digital yang amat sofistikated, seperti pengguna daripada syarikat swasta yang membangunkan perisian intip upahan tajaan negara. Mod Penyekatan melindungi Safari, Mesej, Rumah dan banyak lagi perkhidmatan dan app Apple. Tapak web dan komunikasi internet terus berfungsi, tetapi dengan pengurangan prestasi dan kebolehgunaan. Lihat Kukuhkan iPad anda daripada serangan siber dengan Mod Penyekatan.
Untuk mendapatkan sokongan diperibadikan untuk amalan ini, pergi ke Tapak web Sokongan Apple (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Untuk mengethui cara Apple mereka bentuk keselamatan dalam teras platformnya, lihat Panduan Pengguna Keselamatan Platform Apple. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple melindungi maklumat anda, pergi ke Tapak web Privasi.