Gunakan bantuan terbina dalam pada Mac anda
Finder dan kebanyakan app pada Mac anda mempunyai menu Bantuan dalam bar menu supaya anda boleh mendapatkan maklumat tentang macOS, Mac anda dan app yang anda gunakan dengan cepat.
Petua: Jika anda melihat butang Bantuan dalam antara muka pengguna—contohnya, dalam anak tetingkap keutamaan atau dialog—klik untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan dan tindakan berkaitan dengan anak tetingkap atau dialog anda lihat di atas skrin.
Gunakan menu Bantuan
Dalam Finder atau app pada Mac anda, pilih Bantuan dalam bar menu, kemudian lakukan salah satu daripada berikut.
Buka Panduan Pengguna macOS atau Panduan Pengguna untuk app: Pilih Bantuan macOS atau Bantuan [App] (seperti Bantuan Mail).
Cari item menu atau topik bantuan: Mula masukkan terma carian dalam medan carian. Menu Bantuan menyenaraikan item menu dan topik bantuan yang berkaitan dengan terma.
Untuk melihat di mana item menu terletak, alihkan penuding ke atasnya dalam senarai. Untuk membuka topik bantuan dalam tetingkap bantuan, pilihnya dalam senarai. Atau pilih Tunjukkan Semua Topik Bantuan.
Gunakan tetingkap bantuan
Apabila anda menggunakan Panduan Pengguna macOS atau Panduan Pengguna untuk app, anda boleh melayari lebih topik, cari panduan dan banyak lagi dengan mudah.
Dalam panduan pengguna pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Cari topik bantuan: Masukkan terma carian dalam medan carian, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Tunjukkan atau sembunyikan lebih topik: Klik butang Senarai Kandungan .
Tunjukkan topik sebelumnya atau seterusnya yang anda layari: Klik butang Sebelumnya dan Seterusnya .
Lihat senarai topik yang terbaru dilihat: Klik dan tahan butang Kembali atau Ke Hadapan sehingga senarai muncul, kemudian pilih topik yang anda inginkan.
Buatkan teks lebih besar atau lebih kecil: Tekan Command-Tambah(+) atau Command-Tolak (–).
Saiz semula tetingkap: Seret pinggir kanan atau bawah tetingkap.
Cari perkataan dalam topik semasa: Tekan Command-F, kemudian masukkan perkataan yang anda mahu cari.
Cetak atau kongsi topik: Klik butang Kongsi dalam tetingkap bantuan, kemudian pilih pilihan.
Jika anda tidak dapat mencari yang anda mahukan semasa mencari dalam bantuan, cuba masukkan perkataan berbeza atau lebih atau kurang perkataan dalam medan carian tetingkap bantuan.