Gunakan Finder pada Mac
Anda boleh menggunakan Finder untuk melihat, mengakses dan menyusun hampir kesemuanya pada Mac anda. Klik dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder.
Lihat fail dan folder pada Mac anda
Klik item dalam bar sisi Finder untuk melihat app, dokumen, muat turun anda dan banyak lagi. Anda boleh menyesuaikan bar sisi untuk menukar atau menyusun semula item yang ditunjukkannya atau menambah item yang anda buka dengan kerap. Untuk melihat dokumen atau imej dengan cepat tanpa membukanya, gunakan anak tetingkap Pratonton.
Pilih cara item dipaparkan
Anda juga boleh memilih bagaimana anda melihat item dalam tetingkap Finder. Sebagai contoh, anda tidak perlu melihat item anda dalam senarai—paparan Galeri membolehkan anda menyelak menerusi fail dan folder anda secara visual.
Kumpulkan item
Apabila mengumpulkan item mengikut nama, anda boleh menyimpan folder (dalam susunan mengikut abjad) di bahagian atas senarai; anda juga boleh klik , kemudian pilih pilihan. Sebagai contoh, untuk mengisih mengikut folder atau fail yang anda gunakan baru-baru ini, pilih Tarikh Terakhir Dibuka. Lihat Isih dan susun item dalam Finder.
Susun dengan folder dan tag
Anda boleh mencipta dan menyusun folder untuk menyimpan fail yang berkaitan bersama. Anda juga boleh tag fail dan folder dengan kata kunci. Untuk mencari fail dan folder yang anda tag, cari mengikut kata kunci atau klik tag dalam bar sisi Finder.
Sediakan Folder Pintar
Folder Pintar mengumpulkan dokumen berdasarkan kriteria yang anda setkan secara automatik. Sebagai contoh, anda boleh setkan Folder Pintar untuk semua hamparan, atau semua dokumen dengan frasa “Percutian di Paris” dalam tajuk. Lihat Cipta atau tukar Folder Pintar.
Sesuaikan ikon item
Anda boleh mencipta ikon khusus untuk fail atau folder untuk menjadikannya mudah dilihat dalam tetingkap Finder. Lihat Tukar ikon untuk fail atau folder.
Mencipta alias
Pilih fail, folder, atau app, kemudian pilih Fail > Buat Alias. Anda boleh meletakkan alias di lokasi yang mudah dan dwikliknya untuk membuka item dengan cepat. Lihat Cipta dan keluarkan alias.
Selaraskan maklumat antara Mac anda dan peranti lain
Apabila anda menyambungkan iPhone, iPad, atau iPod touch anda ke Mac anda, peranti kelihatan dalam bar sisi Finder dan anda boleh memilih untuk menyelaraskan item. Sebagai contoh, apabila anda menambah filem ke Mac dan menyelaraskan dengan iPhone, anda boleh menonton filem pada kedua-dua peranti. Anda juga boleh menyelaraskan muzik, rancangan TV, podcast, buku dan banyak lagi.
Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch dan Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.