Kongsi nama dan foto anda dalam Mesej pada Mac
Dengan macOS 11 atau lebih baharu, anda boleh berkongsi nama dan foto dalam mesej yang anda hantar. Gunakan foto atau Memoji tersuai untuk menambah personaliti dan emosi kepada teks anda.
Sediakan perkongsian nama dan foto
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Seting, kemudian klik Umum.
Klik Sediakan Perkongsian Nama dan Foto, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyesuaikan yang berikut:
Foto: Pilih item lalai, atau pilih Sesuaikan untuk memilih foto, emoji, monogram, atau Memoji diperibadikan.
Nota: Anda boleh menggunakan imej yang dikemas kini ini di mana-mana pada Mac anda, seperti untuk Apple ID anda atau foto Kenalan.
Nama: Masukkan nama anda seperti yang anda mahu ia dipaparkan.
Kongsi Secara Automatik: Klik menu timbul untuk berkongsi nama dan foto anda dengan kenalan anda secara automatik. Anda juga boleh menjadikan Mesej menggesa anda sebelum nama dan foto anda dikongsi dalam perbualan baharu, seperti ini:
Nota: Apabila anda berkongsi nama dan foto anda dalam Mesej, kenalan anda digesa untuk mengemas kini kad kenalan anda dalam app Kenalan. Mereka tidak akan melihat maklumat baharu anda sehingga mereka berbuat demikian.
Klik Selesai.
Tukar orang yang anda berkongsi nama dan foto anda
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Seting, kemudian klik Umum.
Klik menu timbul Kongsi Secara Automatik, kemudian pilih satu daripada berikut:
Kenalan Sahaja: Nama dan foto anda dikongsi dalam perbualan dengan kenalan anda secara automatik.
Sentiasa Tanya: Mesej menggesa anda untuk setiap perbualan, mengesahkan yang anda mahu berkongsi nama dan foto anda.
Nota: Apabila anda berkongsi nama dan foto anda dalam Mesej, kenalan anda digesa untuk mengemas kini kad kenalan anda dalam app Kenalan. Mereka tidak akan melihat maklumat baharu anda sehingga mereka berbuat demikian.
Henti berkongsi nama dan foto anda
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Seting, kemudian klik Umum.
Nyahpilih pilihan Kongsi Nama dan Foto.
Klik Henti Berkongsi.
Nama dan foto anda tidak lagi dikongsi dalam Mesej. Anda boleh menyediakan perkongsian lagi pada bila-bila masa.
Jika anda dan kenalan anda tidak berkongsi foto atau Memoji (in macOS 11 atau lebih baharu), atau seseorang menggunakan macOS 10.15 atau lebih awal, mereka melihat gambar anda yang mereka miliki dalam app Kenalan mereka dan anda melihat gambar mereka yang anda miliki dalam app Kenalan anda.