Lihat transkrip episod dalam Podcast pada Mac
Apabila transkrip tersedia untuk episod, anda boleh membaca teks penuh transkrip.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Semasa memainkan episod: Alihkan penuding ke atas tajuk episod, klik butang Lagi , kemudian klik Lihat Transkrip.
Semasa melihat maklumat episod: Skrol ke bawah ke bahagian Transkrip. Anda juga boleh mengklik butang Lagi , kemudian klik Lihat Transkrip.
Daripada bahagian Seterusnya: Klik butang Lagi , kemudian klik Lihat Transkrip.
Anda boleh membaca bersama dengan episod semasa anda memainkannya. Klik perenggan untuk pergi ke kedudukan tersebut dalam episod. Klik butang Cari untuk mencari perkataan atau frasa.
Nota: Ketersediaan transkrip mungkin berbeza mengikut bahasa dan mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.