Gunakan SharePlay untuk menonton, mendengar dan bermain bersama-sama dalam FaceTime pada iPad
Dengan SharePlay dalam app FaceTime , anda boleh menstrim rancangan TV, filem dan muzik selaras dengan rakan dan keluarga semasa dalam panggilan FaceTime bersama. Nikmati sambungan masa nyata dengan semua orang dalam panggilan—dengan main balik diselaraskan dan kawalan dikongsi, kesemua daripada anda melihat dan mendengar detik yang sama pada masa yang sama. Dengan Kelantangan Pintar, audio media dilaraskan secara automatik, jadi anda boleh terus berbual semasa menonton atau mendengar. Anda juga boleh bermain permainan berbilang pemain yang disokong dalam Game Center bersama rakan semasa panggilan FaceTime.
SharePlay juga boleh digunakan dalam app lain semasa panggilan FaceTime. Untuk melihat app yang boleh digunakan untuk SharePlay semasa panggilan, ketik , kemudian skrol menerusi app di bawah App untuk SharePlay.
Nota: Sesetengah app yang menyokong SharePlay memerlukan langganan. Untuk menonton filem atau rancangan TV bersama, setiap peserta perlu mempunyai akses ke kandungan pada peranti mereka sendiri, melalui langganan atau pembelian, pada peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum. SharePlay mungkin tidak menyokong perkongsian sesetengah filem atau rancangan TV merentas negara atau rantau berbeza. FaceTime, sesetengah ciri FaceTime dan perkhidmatan Apple lain mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Tonton video bersama-sama semasa panggilan FaceTime
Anda boleh menonton filem dan rancangan TV semasa panggilan FaceTime dengan rakan dan keluarga anda.
Mulakan panggilan FaceTime.
Pergi ke Skrin Utama, kemudian buka app penstriman video yang menyokong SharePlay (contohnya, app Apple TV ).
Pilih rancangan atau filem yang anda mahu tonton, ketik butang Main, kemudian pilih Mainkan untuk Semua Orang (jika ia kelihatan) untuk mula menonton dengan semua orang pada panggilan. (Orang lain pada panggilan mungkin perlu mengetik Sertai SharePlay untuk melihat video.)
Untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses pada kandungan, video mula memainkan pada masa yang sama. Orang yang tidak mempunyai akses diminta untuk mendapatkan akses (menerusi langganan, transaksi atau percubaan percuma, jika tersedia).
Setiap orang yang menonton kandungan boleh menggunakan kawalan main balik untuk memain, menjeda, putar balik atau maju pantas. (Seting seperti kapsyen tertutup dan kelantangan dikawal secara berasingan oleh setiap orang.)
Anda boleh menggunakan Gambar dalam Gambar untuk terus menonton video sementara menggunakan app lain—memesan makanan, menyemak e-mel anda atau pergi ke app Mesej dan bincangkan video menggunakan teks apabila anda tidak mahu gangguan daripada bunyi filem atau rancangan TV.
Jemput rakan untuk menonton video bersama daripada app disokong semasa panggilan FaceTime
Pada iPad yang memenuhi keperluan sistem minimum, anda boleh memulakan panggilan FaceTime dalam app Apple TV (atau app video lain yang disokong) semasa anda melayari atau menonton kandungan video dan berkongsi item selaras dengan orang lain menggunakan SharePlay. Semua orang pada panggilan perlu mempunyai jenis akses yang sama ke kandungan pada peranti mereka sendiri (contohnya, menerusi langganan atau pembelian).
Dalam app Apple TV (atau app video disokong lain), cari rancangan atau filem yang anda mahu kongsi, kemudian ketik item untuk melihat butirannya.
Ketik , kemudian ketik SharePlay.
Dalam medan Kepada, masukkan kenalan yang anda mahu berkongsi dengannya, kemudian ketik FaceTime.
Apabila panggilan FaceTime disambungkan, ketik Mula atau Main untuk mula menggunakan SharePlay.
Penerima mengetik Buka untuk mula menonton.
Nota: Jika kandungan memerlukan langganan, orang yang tidak melanggan boleh melanggan sebelum menonton.
Selepas video mula dimainkan, anda boleh menstrimnya ke Apple TV. Lihat Hantar perkara yang anda tonton dalam SharePlay pada Apple TV.
Hantar perkara yang anda tonton dalam SharePlay pada Apple TV
Jika anda telah pun mula menonton video bersama-sama pada iPad, anda boleh menghantarnya ke Apple TV untuk menikmatinya pada skrin besar.
Pada iPad, lakukan satu daripada yang berikut:
Dalam app penstriman, ketik , kemudian pilih Apple TV sebagai destinasi main balik.
Buka Pusat Kawalan, ketik , kemudian pilih Apple TV anda sebagai destinasi main balik.
Video bermain dengan selaras pada Apple TV dan anda boleh meneruskan perbualan pada iPad anda.
Lihat Tonton bersama-sama menggunakan SharePlay dalam Panduan Pengguna Apple TV.
Dengar muzik bersama-sama semasa panggilan FaceTime
Anda boleh berkumpul dan mendengar album atau senarai main kegemaran dengan orang lain pada panggilan FaceTime. Sesiapa pada panggilan yang mempunyai akses pada muzik (contohnya, menerusi langganan, transaksi atau percubaan percuma) pada peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum boleh mendengar bersama-sama, melihat perkara seterusnya, menambah lagu pada baris gilir dikongsi dan banyak lagi.
Mulakan panggilan FaceTime Kumpulan.
Pergi ke Skrin Utama, kemudian buka app penstriman muzik yang menyokong SharePlay (contohnya, app Muzik ).
Pilih muzik yang anda mahu dengar, kemudian ketik butang Main untuk memulakan mendengar muzik bersama-sama. (Orang lain pada panggilan mungkin perlu mengetik Sertai SharePlay untuk mendengar muzik.)
Untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses pada kandungan, muzik mula memainkan pada masa yang sama. Orang yang tidak mempunyai akses diminta untuk mendapatkan akses (menerusi langganan, transaksi atau percubaan percuma, jika tersedia).
Setiap orang boleh menggunakan kawalan muzik untuk menjeda, memutar balik, memaju pantas, menggosok ke bahagian lagu yang berbeza atau pergi ke trek seterusnya. Sesiapa pada panggilan boleh menambah lagu ke baris gilir dikongsi.
Jemput rakan untuk mendengar muzik bersama-sama pada FaceTime daripada app yang disokong
Pada iPad yang memenuhi keperluan sistem minimum, anda boleh memulakan panggilan FaceTime dalam app Muzik (atau app muzik lain yang disokong) dan menggunakan SharePlay untuk berkongsi muzik selaras dengan orang lain pada panggilan. Setiap orang boleh menggunakan kawalan muzik untuk menjeda, memutar balik, memaju pantas atau menggosok ke bahagian lagu yang berbeza. Sesiapa yang menggunakan SharePlay boleh menambah lagu ke baris gilir dikongsi. Semua orang pada panggilan mesti mempunyai akses ke kandungan (contohnya, menerusi langganan).
Buka app Muzik (atau app muzik disokong lain), kemudian ketik muzik yang anda mahu kongsi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik di sebelah muzik, kemudian ketik SharePlay.
Ketik di bahagian kanan atas, ketik , kemudian ketik SharePlay.
Dalam medan Kepada, masukkan kenalan yang anda mahu berkongsi dengannya, kemudian ketik FaceTime.
Apabila panggilan FaceTime disambungkan, ketik Mula.
Untuk mula mendengar, penerima mengetik tajuk lagu di bahagian atas kawalan FaceTime, kemudian mengetik Buka. Muzik mula dimainkan pada masa yang sama untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses ke kandungan.
Nota: Setiap peserta perlu mempunyai akses ke kandungan pada peranti mereka sendiri, sama ada menerusi langganan atau pembelian. Orang yang tidak mempunyai akses ke kandungan yang anda kongsi diminta untuk mendapatkan akses.
Main permainan dalam Game Center bersama rakan semasa panggilan FaceTime
Anda boleh bermain permainan berbilang pemain yang disokong bersama rakan dalam Game Center pada panggilan FaceTime. Anda mesti menyediakan profil Game Center anda terlebih dahulu dalam Seting , tambah rakan, kemudian cari dan muat turun permainan berbilang pemain yang disokong untuk Game Center dalam App Store.
Semasa panggilan FaceTime, ketik Mulakan SharePlay, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Dengan SharePlay, anda juga boleh berkongsi skrin anda untuk menunjukkan app, halaman web dan banyak lagi semasa perbualan. Lihat Kongsi skrin anda dalam panggilan FaceTime.
SharePlay juga membolehkan anda berlatih dengan orang lain menggunakan Apple Fitness+. Lihat Berlatih bersama-sama menggunakan SharePlay.