Gunakan iPhone, iPad atau Apple Watch anda sebagai kawalan jauh untuk Apple TV
Anda boleh menggunakan iPhone, iPad atau Apple Watch anda sebagai kawalan jauh untuk Apple TV anda.
Petua: Apple TV bertukar ke profil anda secara automatik apabila anda membangunkan Apple TV menggunakan kawalan Remote pada peranti yang bersambung ke Akaun Apple anda.
Gunakan iPhone atau iPad anda sebagai kawalan jauh untuk Apple TV
Pada iPhone atau iPad anda, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik ikon Apple TV Remote .
App Remote dibuka pada peranti anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Pusat Kawalan pada iPhone atau iPad anda, lihat Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPhone atau Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPad.
Nota: Jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 12 atau lebih baharu atau iPad dengan iPadOS 13 atau lebih baharu, kawalan jauh ini diaktifkan secara automatik apabila peranti bersambung denganApple TV.
Pada iPhone atau iPad anda, gunakan kawasan sentuhan dan butang untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Tindakan Apple TV
Gerak isyarat iPhone atau iPad
Navigasi ke dan serlahkan item.
Leret ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah dalam kawasan sentuhan.
Skrol senarai.
Leret ke atas atau ke bawah beberapa kali dalam kawasan sentuhan.
Pilih item yang diserlahkan.
Ketik kawasan sentuhan.
Lihat pilihan menu tambahan untuk item yang diserlahkan.
Sentuh dan tahan kawasan sentuhan.
Kembali ke skrin sebelumnya.
Ketik .
Kembali ke Skrin Utama.
Sentuh dan tahan .
Pergi ke app TV.
Ketik untuk pergi ke Teruskan Menonton dalam app Apple TV. Ketik lagi untuk pergi ke Skrin Utama.
Laraskan kelantangan.
Tekan butang kelantangan pada iPhone atau iPad anda.
Nota: Ini berfungsi hanya dengan penerima audio/video yang disokong. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Apple TV untuk mengawal TV atau penerima anda, lihat Gunakan kawalan jauh Apple TV untuk mengawal TV dan penerima anda.
Lihat app yang sedang dibuka.
Ketik dua kali.
Buka Pusat Kawalan Apple TV.
Sentuh dan tahan .
Gunakan Siri untuk mengawal Apple TV, mencari, atau membuat pertanyaan.
Tekan dan tahan butang sisi, sebutkan perintah, istilah carian atau pertanyaan, kemudian lepaskan butang.
Nota: Dalam negara dan rantau yang Siri tidak disokong, menekan dan menahan butang sisi membuka app Cari .
Gunakan perencanaan untuk mencari dalam app disokong.
Tekan dan lepaskan butang sisi. Apabila medan carian kelihatan, tekan dan tahan butang, rencanakan istilah carian, kemudian lepaskan butang.
Gunakan perencanaan untuk memasukkan kata laluan atau teks lain.
Apabila anda melihat medan teks, tekan dan tahan butang sisi untuk merencanakan teks, kemudian lepaskan butang.
Main atau jeda semasa main balik.
Ketik .
Langkau ke depan atau belakang semasa main balik.
Ketik untuk langkau 10 saat ke belakang. Ketik untuk langkau 10 saat ke depan.
Aktifkan atau nyahaktifkan sari kata semasa main balik.
Ketik .
Pergi ke Info, Pengetahuan dan Teruskan Menonton semasa main balik.
Ketik untuk mengakses InSight dan maklumat lain terus pada iPhone atau iPad anda tanpa mengganggu pengalaman menonton pada TV anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Dapatkan maklumat tentang rancangan, watak, pelakon dan muzik.
Akses panduan TV dalam app TV langsung disokong.
Ketik butang Panduan.
Tukar saluran atau halaman ke atas atau ke bawah dalam panduan atau menu dalam app TV langsung disokong.
Ketik butang Atas atau Bawah.
Gunakan Apple Watch anda sebagai kawalan jauh untuk Apple TV
Pergi ke app Remote pada Apple Watch anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang memasangkan Apple Watch anda dengan Apple TV, lihat Kawal Apple TV dengan Apple Watch dalam panduan pengguna Apple Watch.
Pilih Apple TV anda, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tindakan Apple TV
Gerak isyarat Apple Watch
Navigasi ke dan serlahkan item.
Leret ke atas, bawah, kiri, atau kanan.
Skrol senarai.
Leret ke atas atau ke bawah beberapa kali.
Pilih item.
Leret untuk menyerlahkan item, kemudian ketik skrin.
Kembali ke skrin sebelumnya.
Ketik .
Kembali ke Skrin Utama.
Sentuh dan tahan .
Pergi ke app TV.
Ketik untuk pergi ke Teruskan Menonton dalam app Apple TV. Ketik lagi untuk pergi ke Skrin Utama
Jeda atau sambung main balik.
Ketik .
Laraskan kelantangan.
Putar Digital Crown.
Senyapkan atau nyahsenyapkan audio.
Ketik , kemudian ketik Senyap & Nyahsenyap.
Aktifkan kapsyen.
Ketik , kemudian ketik Kapsyen.
Aktifkan atau nyahaktifkan Apple TV.
Ketik , kemudian ketik Kuasa.
Untuk melihat peranti yang boleh mengawal Apple TV anda, pergi ke Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > App Remote dan Peranti. Untuk mengeluarkan peranti daripada senarai, pilih peranti, kemudian pilih Lupakan Peranti Ini.