Tonton sukan dalam app Apple TV
Skrin Sukan dalam app Apple TV memberikan anda akses serta-merta kepada pelbagai pilihan acara sukan langsung dan dijadualkan, termasuk akses kepada ciri langganan sahaja seperti Friday Night Baseball dan Major League Soccer dengan MLS Season Pass.
Nota: Acara sukan lain juga mungkin memerlukan langganan bergantung pada penyedia.
Anda boleh melihat perlawanan yang sedang berlangsung dengan skor terkini, melayari perlawanan akan datang, menonton berbilang perlawanan pada masa yang sama dan mengakses praperlawanan dan pascaperlawanan. Anda juga boleh mengaktifkan Sukan Saya untuk mengikuti pasukan kegemaran anda—dapatkan makluman tentang acara akan datang, lihat skor langsung dan pergi terus ke perlawanan yang kelihatan dalam baris Teruskan Menonton anda.
Layari dan tonton sukan langsung
Pergi ke app Apple TV pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Sukan.
Navigasi ke bawah ke baris kategori, kemudian navigasi ke kiri atau kanan untuk melihat pilihan yang tersedia.
Nota: Untuk menyahaktifkan skor langsung, lihat Laraskan seting app Apple TV pada Apple TV.
Untuk mula menonton, pilih acara sukan yang sedang berlangsung, kemudian pilih Tonton Secara Langsung untuk menonton siaran langsung, atau Mulakan Semula untuk menonton dari mula.
Jika anda belum melanggan saluran atau app, ikuti arahan atas skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tantang melihat berbilang perlawanan pada masa yang sama, lihat Tonton berbilang strim sukan langsung pada masa yang sama.
Dengar radio tempatan secara langsung (jika tersedia) semasa perlawanan Friday Night Baseball
Apabila anda menonton perlawanan, tunjukkan kawalan main balik.
Leret ke atas pada pad klik atau permukaan sentuh, kemudian pilih .
Pilih pilihan trek audio daripada menu timbul:
TV: Mainkan ulasan audio daripada siaran TV.
Radio Tempatan [pasukan lawan, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan lawan semasa menonton perlawanan.
Radio Tempatan [pasukan tuan rumah, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan tuan rumah semasa menonton perlawanan atau permainan.
Untuk menutup menu timbul, tekan atau pada kawalan jauh anda.
Ikuti pasukan kegemaran anda dengan Sukan Saya
Aktifkan Sukan Saya untuk mengikuti pasukan kegemaran anda pada Apple TV, melihat perlawanan mereka dalam baris Teruskan Menonton dan menerima pemberitahuan apabila mereka bakal bermain.
Jika anda telah menyediakan Sukan Saya dalam app News atau app Apple Sports pada iPhone atau iPad, pasukan anda kelihatan dalam app Apple TVpada Apple TV secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Ikuti pasukan kegemaran anda dengan Sukan Saya dalam Panduan Pengguna iPhone atau Sediakan pasukan kegemaran dan liga anda dalam Panduan Pengguna Apple Sports.
Pergi ke app Apple TV pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Sukan.
Navigasi ke bawah ke baris terakhir, kemudian pilih Ikuti Pasukan Anda.
Jika anda telah mengikuti pasukan, item ini dipanggil Urus Sukan Saya.
Pilih Aktifkan (jika ini ialah kali pertama anda menyediakan Sukan Saya).
Skrol ke kategori sukan dalam senarai (contohnya, MLS, MLB atau NBA), navigasi ke pasukan anda di sebelah kanan, kemudian pilihnya.
Pasukan anda kini memaparkan bintang. Anda boleh menambah sebanyak mana Sukan Saya yang anda mahukan.
Untuk mengeluarkan pasukan, pilihnya dalam Sukan Saya, kemudian pilih Keluarkan.
Apabila anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama pada iPhone, iPad dan Mac anda, pasukan yang anda ikuti ditunjukkan dalam app News dan app Apple TV pada semua peranti anda. Anda tidak akan terlepas aksi walaupun satu saat, walaupun semasa anda jauh dari Apple TV anda.
Nota: Anda tidak boleh memilih pasukan untuk diikuti pada Mac; untuk memilih pasukan anda, ikutinya dalam app News atau app Apple TV pada iPhone atau iPad anda, atau pada Apple TV anda.