Tukar seting dalam FaceTime pada Mac
Gunakan seting FaceTime untuk menyediakan atau menukar pilihan FaceTime. Tambahan lagi, anda boleh menyekat pemanggil.
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Pilih FaceTime > Seting, kemudian klik anak tetingkap seting:
Umum: Daftar masuk ke FaceTime, sediakan membuat dan menerima panggilan telefon, serta tukar pilihan umum seperti membenarkan Live Photos dan nada dering.
SharePlay: Aktifkan SharePlay untuk membenarkan app memulakan SharePlay secara automatik dan sertai secara automatik orang yang anda pernah gunakan SharePlay bersama sebelum ini.
Disekat: Sediakan senarai pemanggil yang anda tidak mahu menerima panggilan FaceTime pada Mac anda.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik di bahagian bawah anak tetingkap.