Tukar paparan panggilan FaceTime anda pada Mac
Semasa panggilan video FaceTime, anda boleh menukar cara panggilan ditunjukkan, alihkan tetingkap gambar-dalam-gambar dan banyak lagi.
Semasa panggilan video FaceTime, lakukan mana-mana daripada berikut:
Kekalkan tetingkap panggilan video di atas app lain anda: Pilih Video > Sentiasa Di Atas. Tetingkap panggilan timbul di atas tetingkap app lain, jadi ia sentiasa kelihatan, tidak kira app yang anda gunakan.
Lihat panggilan video dalam skrin penuh: Klik di penjuru kiri atas tetingkap FaceTime.
Lihat panggilan video dalam skrin terpisah: Klik dan tahan di penjuru kiri atas tetingkap FaceTime, kemudian pilih Jubin Tetingkap ke Kiri Skrin atau Jubin Tetingkap ke Kanan Skrin. Lihat Gunakan app dalam Split View.
Kembali ke saiz tetingkap standard (daripada skrin penuh atau terpisah): Klik dan tahan di penjuru kiri atas tetingkap FaceTime, kemudian pilih Keluar Skrin Penuh atau tekan Control-Command-F.
Sembunyikan tetingkap panggilan video untuk sementara: Klik di bahagian atas tetingkap FaceTime. (Jika anda dalam paparan skrin penuh, kembali ke saiz tetingkap standard terlebih dahulu.) Bahagian audio panggilan berterusan ketika tetingkap diminimumkan. Untuk melihat video lagi, klik dalam Dock.
Alihkan tetingkap gambar-dalam-gambar: Seret sebarang tetingkap kecil ke sebarang kawasan tetingkap yang lebih besar.
Pastikan saiz jubin kekal sama semasa panggilan kumpulan: Pilih FaceTime > Seting, klik Umum, kemudian nyahpilih “Penonjolan automatik semasa bercakap”.
Tangkap detik daripada panggilan: Lihat Ambil Live Photo.
Tambah lebih orang ke panggilan: Lihat Tambah orang ke panggilan FaceTime.
Tukar ke panggilan audio: Klik . Untuk mengaktifkan semula kamera, klik butang itu lagi.
Kongsi skrin anda: Lihat Kongsi skrin anda.
Tonton video atau dengar audio bersama-sama: Lihat Gunakan SharePlay.
Susun tiga atau lebih ramai peserta dalam tataletak grid: Gerakkan penuding ke atas tetingkap panggilan, kemudian klik Grid di bahagian kanan atas tetingkap. Untuk menyahaktifkan Paparan Grid, klik Grid sekali lagi.
Pindahkan panggilan ke atau daripada peranti lain: Lihat Pindahkan panggilan FaceTime ke peranti lain.
Lihat panggilan pada iPad anda: Lihat Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua.
Gunakan mod Potret: Lihat Gunakan ciri persidangan video pada Mac.
Nota: Dalam panggilan satu ke satu, anda juga boleh bertukar antara orientasi potret dan landskap—hanya gerakkan penuding ke atas tetingkap gambar dalam gambar, kemudian klik . Orientasi bertukar untuk orang lain juga.