Gunakan App Store Apple TV
Apple TV sedia diprapasang dengan koleksi app pada Skrin Utama. Gunakan App Store pada Apple TV untuk melayari, membeli dan memuat turun app tambahan.
Cari app dalam App Store
Pergi ke App Store pada Apple TV.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari app ditampilkan: Navigasi ke Temui, kemudian skrol ke bawah untuk melihat pilihan app hebat yang dipilih oleh App Store.
Layari app mengikut kategori: Navigasi ke App, kemudian skrol ke bawah untuk melihat baris bertema, atau pilih kategori dalam baris Kategori untuk hanya melihat app dalam kategori tersebut.
Cari permainan: Navigasi ke Permainan untuk melihat semua permainan yang tersedia dalam App Store, atau navigasi ke Arcade untuk melihat permainan yang tersedia kepada pelanggan Apple Arcade. Lihat App Arcade sekilas pandang.
Lihat app daripada semua peranti anda: Navigasi ke Dibeli, kemudian pilih kategori dalam bar sisi.
Petua: Bahagian Bukan pada TV Ini menunjukkan semua app yang anda telah beli atau pasang pada peranti lain yang anda belum pasang pada Apple TV ini. Pilih app dalam bahagian ini untuk melihat halaman app dan muat turun app pada Apple TV ini.
Cari app khusus: Navigasi ke Cari , kemudian masukkan istilah carian. Anda juga boleh menskrol ke bawah untuk melihat app popular.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian minta Siri untuk mencari atau memuat turun app.
Muat turun app
Setelah anda menemui app yang anda mahukan, anda boleh memasangnya pada Apple TV anda terus daripada App Store.
Pergi ke App Store pada Apple TV.
Pilih Beli atau Dapatkan (untuk app percuma).
Nota: Jika anda melihat Pasang, anda telah membeli app tersebut dan anda boleh memuat turunnya lagi secara percuma. Jika anda melihat Buka, app telah dipasang; pilih Buka untuk melancarkan app.
Semasa app dimuat turun atau mengemas kini, ikonnya kelihatan pada Skrin Utama dengan penunjuk kemajuan.
Hadkan pembelian in-app
Banyak app memberi kandungan tambahan atau peningkatan dengan yuran. Jika anda telah menyediakan kawalan ibu bapa, anda boleh mengehadkan pembelian yang boleh dibuat dalam app.
Petua: Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk mengehadkan kandungan yang ahli keluarga anda boleh beli—termasuk mendayakan Minta untuk Beli, yang membenarkan anak anda membeli item hanya dengan kebenaran ibu bapa. Lihat Sediakan kawalan ibu bapa dengan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Pengehadan, kemudian masukkan kod laluan empat digit anda, jika digesa.
Pilih Pembelian In-App untuk mengesetkannya ke Sekat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan kawalan ibu bapa pada Apple TV.
Akses app ahli keluarga dengan Perkongsian Keluarga
Dengan Perkongsian Keluarga didayakan, anda boleh melihat dan memuat turun app yang dibeli oleh ahli keluarga lain.
Pergi ke App Store pada Apple TV.
Navigasi ke Dibeli di bahagian atas skrin, kemudian skrol ke bawah ke Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pilih nama ahli keluarga untuk melihat dan memuat turun app mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Perkongsian Keluarga pada Apple TV.
Untuk menukar seting app, termasuk sama ada app dikemas kini secara automatik apabila versi baharu dikeluarkan, lihat Laraskan seting untuk app tertentu pada Apple TV.