
Masukkan lakaran dengan Lakaran Kesinambungan pada Mac
Anda boleh melukis lakaran menggunakan iPhone atau iPad anda yang berdekatan dan membolehkan lakaran kelihatan pada Mac anda dengan serta-merta, di tempat yang anda memerlukannya—sebagai contoh, dalam e-mel, mesej, dokumen, nota, atau folder.

Untuk menggunakan ciri Kesinambungan, peranti anda mesti mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth diaktifkan dan memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch.
Pada Mac anda, tempatkan kursor di tempat yang anda mahu memasukkan lakaran atau penanda.
Sebagai contoh, dalam dokumen, nota, atau e-mel.
Pilih Fail > Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Tambah Lakaran.
Anda juga boleh Control-Klik desktop atau folder dalam tetingkap Finder, pilih Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Tambah Lakaran.
Jika anda tidak melihat perintah dalam menu Fail, ia mungkin dalam menu lain (seperti menu Edit atau Masukkan) atau app yang anda gunakan mungkin tidak menyokongnya.
Pada iPhone atau iPad anda, lukis lakaran menggunakan jari anda; pada iPad, anda juga boleh menggunakan Apple Pencil.
Apabila anda sudah bersedia, ketik Selesai.
Pada Mac anda, lakaran muncul di tempat yang anda tempatkan kursor atau, jika anda bermula daripada desktop, sebagai fail untuk disimpan.
Bergantung pada tempat lakaran dimasukkan, anda boleh menandakannya atau melaraskan aspek lain, seperti menggunakan penapis atau menukarkan saiznya.