
Cipta Apple ID pada Mac
Apple ID memberikan anda akses ke iTunes Store, App Store, Apple Books, iCloud, FaceTime dan perkhidmatan Apple lain. Ia mengandungi alamat e-mel (sebagai contoh, michael_cavanna@icloud.com) dan kata laluan. Apple mengesyorkan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk semua perkhidmatan Apple. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Apple ID, lihat Soalan Lazim.
Anda boleh mencipta Apple ID menggunakan alamat e-mel semasa anda atau mendapatkan alamat e-mel @icloud dijanakan untuk anda.
Anda boleh mencipta Apple ID pada peranti Mac, iOS dan iPadOS atau di tapak web akaun Apple ID. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.
Menggunakan sama ada alamat e-mel semasa anda atau alamat iCloud yang dijana untuk anda, cipta Apple ID:
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Daftar Masuk.
Klik Cipta Apple ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Di sesetengah negara atau rantau, anda boleh gunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel sebagai Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan keutamaan Apple ID anda pada Mac anda, lihat Sediakan keutamaan Apple ID anda.
Untuk memastikan pembelian dan akses kepada perkhidmatan Apple anda selamat, jangan kongsi Apple ID dan kata laluan anda dengan orang lain. Untuk berkongsi pembelian anda dengan ahli keluarga, anda boleh menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga dengan sehingga enam ahli keluarga anda. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Apple ID anda pada peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.