Uruskan pengesahan dua faktor daripada iPad
Pengesahan dua faktor membantu mencegah orang lain daripada mengakses akaun Apple ID anda, walaupun jika mereka mengetahui kata laluan Apple ID anda. Pengesahan dua faktor dibina dalam iOS 9, iPadOS 13, OS X 10.11, atau lebih baru.
Ciri tertentu dalam iOS, iPadOS dan macOS memerlukan keselamatan pengesahan dua faktor, yang direka cipta untuk melindungi maklumat anda. Jika anda mencipta Apple ID baru pada peranti dengan iOS 13.4, iPadOS 13.4, macOS 10.15.4, atau lebih baru, akaun anda menggunakan pengesahan dua faktor secara automatik. Jika sebelum ini mencipta akaun Apple ID tanpa pengesahan dua faktor, anda boleh mengaktifkan lapisan keselamatan tambahannya pada bila-bila masa.
Nota: Sesetengah jenis akaun mungkin tidak layak untuk pengesahan dua faktor menurut budi bicara Apple. Pengesahan dua faktor tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara pengesahan dua faktor berfungsi, lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Aktifkan pengesahan dua faktor
Jika akaun Apple ID anda belum menggunakan pengesahan dua faktor, pergi ke Seting > [nama anda] > Kata Laluan & Keselamatan.
Ketik Aktifkan Pengesahan Dua Faktor, kemudian ketik Teruskan.
Masukkan nombor telefon yang dipercayai (nombor telefon yang anda mahu menerima kod pengesahan untuk pengesahan dua faktor).
Anda boleh memilih untuk menerima kod menerusi mesej teks atau panggilan telefon diautomasikan.
Ketik Seterusnya.
Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon dipercayai anda.
Untuk menghantar atau menghantar semula kod pengesahan, ketik “Tidak mendapat kod pengesahan?”
Anda tidak akan diminta untuk kod pengesahan lagi pada iPad anda melainkan anda daftar keluar sepenuhnya, memadamkan iPad anda, daftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda dalam pelayar web, atau perlu menukar kata laluan Apple ID anda untuk tujuan keselamatan.
Selepas anda mengaktifkan pengesahan dua faktor, anda mempunyai tempoh dua minggu yang anda boleh menyahaktifkannya. Selepas tempoh tersebut, anda tidak boleh menyahaktifkan pengesahan dua faktor. Untuk menyahaktifkannya, buka e-mel pengesahan pendaftaran anda dan klik pautan untuk kembali ke seting keselamatan anda sebelum ini. Perlu diingati yang menyahaktifkan pengesahan dua faktor menjadikan akaun anda kurang selamat dan bermakna anda tidak boleh menggunakan ciri yang memerlukan aras keselamatan yang lebih tinggi.
Nota: Jika anda menggunakan pengesahan dua langkah dan menaik taraf kepada iPadOS 13 atau lebih baru, akaun anda mungkin dipindahkan untuk menggunakan pengesahan dua faktor. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua langkah untuk Apple ID.
Tambah peranti lain sebagai peranti dipercayai
Peranti dipercayai ialah peranti yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda dengan memaparkan kod pengesahan daripada Apple apabila anda mendaftar masuk pada peranti atau pelayar berlainan. Peranti dipercayai mesti memenuhi keperluan sistem minimum ini: iOS 9, iPadOS 13, atau OS X 10.11.
Selepas anda mengaktifkan pengesahan dua faktor pada satu peranti, daftar masuk dengan Apple ID yang sama pada peranti lain.
Apabila anda diminta untuk memasukkan kod pengesahan enam digit, lakukan satu daripada berikut:
Peroleh kod pengesahan pada iPad anda atau peranti dipercayai lain yang disambungkan ke internet: Cari pemberitahuan pada peranti tersebut, kemudian ketik atau klik Benarkan untuk menjadikan kod tersebut muncul pada peranti. (Peranti dipercayai ialah iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac yang anda sudah aktifkan pengesahan dua faktor dan yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.)
Dapatkan pengesahan pada nombor telefon yang dipercayai: Jika peranti dipercayai tidak tersedia, ketik “Tidak mendapat kod pengesahan?” kemudian pilih nombor telefon.
Dapatkan kod pengesahan pada peranti dipercayai yang di luar talian: Pada iPhone, iPad, atau iPod touch dipercayai, pergi ke Seting > [nama anda] > Kata Laluan & Keselamatan, kemudian ketik Dapatkan Kod Pengesahan. Pada Mac dengan macOS 10.15 atau lebih baru yang dipercayai, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Apple ID > Kata Laluan & Keselamatan, kemudian klik Dapatkan Kod Pengesahan. Pada Mac yang dipercayai dengan macOS 10.14 dan lebih awal, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > iCloud > Butiran Akaun > Keselamatan, kemudian klik Dapatkan Kod Pengesahan.
Masukkan kod pengesahan pada peranti baru.
Anda tidak akan diminta kod pengesahan lagi melainkan jika anda mendaftar keluar sepenuhnya, memadamkan peranti anda, mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda dalam pelayar web, atau perlu menukar kata laluan anda atas sebab keselamatan.
Tambah atau keluarkan nombor telefon dipercayai
Apabila anda mendaftar dalam pengesahan dua faktor, anda perlu mengesahkan satu nombor telefon yang dipercayai. Anda juga patut mempertimbangkan menambah nombor telefon lain yang anda boleh akses, seperti telefon rumah, atau nombor yang digunakan oleh ahli keluarga atau kawan rapat.
Pergi ke Seting > [nama anda] > Kata Laluan & Keselamatan.
Ketik Edit (di atas senarai nombor telefon dipercayai), kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Tambah nombor telefon: Ketik Tambah Nombor Telefon Dipercayai.
Keluarkan Nombor Telefon: Ketik bersebelahan nombor telefon.
Nombor telefon dipercayai tidak menerima kod pengesahan secara automatik. Jika anda tidak boleh mengakses sebarang peranti dipercayai apabila menyediakan peranti baru untuk pengesahan dua faktor, ketik “Tidak mendapat kod pengesahan?” pada peranti baru, kemudian pilih salah satu daripada peranti dipercayai anda untuk menerima kod pengesahan.
Lihat atau keluarkan peranti dipercayai
Pergi ke Seting > [nama anda].
Senarai peranti yang dikaitkan dengan Apple ID anda muncul berhampiran bahagian bawah skrin.
Untuk melihat jika peranti disenaraikan dipercayai, ketiknya, kemudian cari “Peranti ini dipercayai dan boleh menerima kod pengesahan Apple ID.”
Untuk mengeluarkan peranti, ketiknya, kemudian ketik Keluarkan daripada Akaun.
Mengeluarkan peranti dipercayai memastikan peranti tidak lagi memaparkan kod pengesahan dan akses ke iCloud (dan perkhidmatan Apple lain pada peranti) disekat sehingga anda mendaftar masuk lagi dengan pengesahan dua faktor.
Jana kata laluan untuk app yang mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda.
Dengan pengesahan dua faktor, anda memerlukan kata laluan khusus app untuk mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda daripada app atau perkhidmatan pihak ketiga—seperti app e-mel, kenalan, atau kalendar. Selepas anda menjana kata laluan khusus app, gunakannya untuk daftar masuk ke akaun Apple ID anda daripada app dan akses maklumat yang anda simpan dalam iCloud.
Daftar masuk ke akaun Apple ID anda.
Ketik Jana Kata Laluan (di bawah Kata Laluan Khusus App).
Ikuti arahan atas skrin.
Selepas anda menjana kata laluan khusus app, masukkan atau tampalnya ke medan kata laluan app seperti yang biasa anda lakukan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Menggunakan kata laluan khusus app.