Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPad
Masa Skrin membolehkan anda melihat cara ahli keluarga menggunakan peranti mereka, supaya anda boleh mengaturkan masa yang mereka luangkan pada peranti. Apabila anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka atau, jika anda telah menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti anda. Lihat Sediakan Masa Skrin menerusi Perkongsian Keluarga pada iPad dan artikel Sokongan Apple Perkongsian Keluarga dan Apple ID untuk anak anda.
Setkan masa henti dan had app pada peranti ahli keluarga
Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Anak Saya.
Untuk menjadualkan masa henti untuk ahli keluarga anda (masa tidak menggunakan skrin) masukkan masa mula dan tamat, kemudian ketik Setkan Masa Henti.
Untuk mengesetkan had untuk kategori app yang anda mahu uruskan (contohnya, Permainan atau Rangkaian Sosial), pilih kategori.
Untuk melihat semua kategori, ketik Tunjukkan Semua Kategori.
Ketik Setkan, masukkan jumlah masa, kemudian ketik Setkan Had App.
Ketik Teruskan, kemudian masukkan kod laluan Masa Skrin untuk mengurus seting Masa Skrin ahli keluarga anda.
Setkan had komunikasi pada peranti ahli keluarga
Anda boleh menyekat komunikasi masuk dan keluar pada peranti ahli keluarga anda—termasuk panggilan telefon, panggilan FaceTime dan mesej—daripada kenalan khusus, sama ada sepanjang masa atau semasa tempoh tertentu.
Jika anda belum mengaktifkan Kenalan di iCloud pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Kenalan.
Nota: Anda hanya boleh mengurus komunikasi ahli keluarga anda jika mereka menggunakan Kenalan di iCloud.
Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda masih belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Anak Saya.
Ketik Had Komunikasi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Hadkan komunikasi pada bila-bila masa: Ketik Semasa Masa Skrin, kemudian pilih Kenalan Sahaja. Kenalan & Kumpulan dengan Sekurang-kurangnya Seorang Kenalan, atau Semua Orang.
Had komunikasi semasa masa henti: Ketik Semasa Masa Henti. Pilihan yang anda pilih untuk Semasa Masa Skrin telah disetkan di sini. Anda boleh menukar seting ini ke Kenalan Khusus.
Jika anda memilih Kenalan Khusus, kemudian ketik sama ada Pilih Daripada Kenalan Saya atau Tambah Kenalan Baru untuk memilih orang yang anda mahu benarkan komunikasi semasa masa henti.
Uruskan kenalan anak: Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengurus kenalan anak anda. Ketik Uruskan Kenalan [nama anak].
Jika anak anda telah mempunyai kenalan di iCloud, mereka menerima pemberitahuan pada peranti mereka meminta mereka untuk meluluskan permintaan untuk mengurus mereka. Jika mereka tidak mempunyai kenalan, mereka tidak akan menerima pemberitahuan dan anda boleh menambah kenalan secara serta-merta.
Apabila anda mengurus kenalan anak anda, baris baru muncul di bawah Uruskan Kenalan [nama anak] untuk menunjukkan bilangan kenalan yang mereka ada. Anda boleh melihat dan mengedit kenalan tersebut dengan mengetik baris tersebut.
Benarkan pengeditan kenalan: Ketik Benarkan Pengeditan Kenalan untuk menyahaktifkan pilihan ini dan menghalang anak anda daripada mengedit kenalan mereka.
Menyahaktifkan pengeditan kenalan dan mengehadkan komunikasi pada bila-bila masa pada Kenalan Sahaja ialah cara yang baik untuk mengawal orang yang anak anda boleh berkomunikasi dengan dan masa mereka boleh dihubungi.
Jika orang yang sedang disekat oleh seting Had Komunikasi anda cuba untuk memanggil ahli keluarga anda (melalui telefon atau FaceTime), atau menghantar mesej kepada mereka, komunikasi mereka akan gagal.
Jika ahli keluarga anda cuba memanggil atau menghantar mesej kepada seseorang yang sedang disekat oleh seting Had Komunikasi, nama atau nombor penerima kelihatan merah dengan ikon jam pasir Masa Skrin dan komunikasi anda akan gagal. Jika had hanya digunakan pada masa henti, ahli keluarga anda menerima mesej Had Masa dan boleh meneruskan komunikasi dengan kenalan apabila masa henti tamat.
Untuk membenarkan ahli keluarga anda berkomunikasi dengan kenalan yang disekat oleh seting Had Komunikasi, tukar seting dengan mengikuti langkah di atas.
Pilih app untuk dibenarkan setiap masa pada peranti ahli keluarga
Anda boleh mengesetkan app yang anda mahu ahli keluarga dapat gunakan pada bila-bila masa.
Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda masih belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Anak Saya.
Ketik Sentiasa Dibenarkan, kemudian ketik atau bersebelahan app untuk menambah atau mengeluarkan app daripada senarai.
Nota: Jika ahli keluarga anda memerlukan app kesihatan atau kebolehcapaian, pastikan ianya dibenarkan dalam senarai App Dibenarkan. Jika Mesej tidak sentiasa dibenarkan, ahli keluarga anda mungkin tidak dapat menghantar atau menerima mesej (termasuk untuk nombor dan kenalan kecemasan) semasa masa henti atau selepas had app telah luput.
Setkan pengehadan kandungan dan privasi pada peranti ahli keluarga
Anda boleh membantu memastikan yang kandungan pada peranti ahli keluarga anda sesuai dengan umur dengan mengehadkan penilaian eksplisit dalam Pengehadan Kandungan & Privasi.
Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting > Masa Skrin.
Jika anda masih belum mengaktifkan Masa Skrin, ketik Aktifkan Masa Skrin, ketik Teruskan, kemudian ketik Ini iPad Anak Saya.
Ketik Pengehadan Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Pengehadan Kandungan & Privasi.
Pilih pilihan kandungan dan privasi tertentu, kemudian ketik .
Nota: Untuk menghalang perubahan kepada kelantangan fon kepala maksimum, ketik Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan. Lihat Hadkan kelantangan fon kepala.
Tambah atau tukar seting Masa Skrin untuk ahli keluarga kemudian
Untuk menambah atau menukar seting Masa Skrin kemudian, ikut langkah yang dijelaskan dalam Sediakan Masa Skrin untuk diri anda pada iPad.
Penting: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka (bukan menerusi Perkongsian Keluarga) dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh menggunakan Apple ID anda untuk meresetnya. Namun, jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti anda menerusi Perkongsian Keluarga dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh meresetnya pada peranti anda menggunakan kod laluan peranti anda, Touch ID, atau Face ID.