Ambil foto dengan kamera iPad anda
Ketahui cara untuk mengambil foto yang cantik dengan Kamera pada iPad anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Pano dan Petak serta gunakan ciri kamera seperti Jujukan dan Live Photos.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Buka Kamera.” Ketahui cara meminta Siri.
Ambil foto
Foto ialah mod standard yang anda lihat apabila anda membuka Kamera. Gunakan mod Foto untuk mengambil foto pegun. Leret pemilih mod ke atas atau ke bawah untuk memilih mod berlainan, seperti Video, Pano, Selang Masa, Slo-mo dan Potret (pada model disokong).
Ketik pada skrin Utama atau leret ke kiri pada skrin Kunci untuk membuka Kamera dalam mod Foto.
Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil foto.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan deniyar pada model yang menyokong Denyar True Tone atau Denyar Retina, ketik , kemudian pilih Auto, Aktif, atau Nyahaktif.
Untuk mengesetkan pemasa, stabilkan iPad anda dan bingkaikan syot anda. Ketik , kemudian ketik 3s atau 10s.
Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau muncul di bahagian atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.
Zum masuk atau keluar
Pada semua model, buka Kamera dan cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.
Pada iPad Pro 11 inci (generasi ke-2 dan lebih baru) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-4 dan lebih baru), ketik 1x di sebelah kiri skrin untuk zum keluar dan togol antara 1x dan 0.5x. Untuk zum masuk, sentuh dan tahan 1x, kemudian seret gelangsar ke atas.
Pada semua model lain, seret gelangsar di sebelah kiri skrin ke atas atau ke bawah.
Ambil foto panorama
Pilih mod Pano, kemudian ketik butang Pengatup.
Sorot perlahan-lahan mengikut arah anak panah, pastikannya kekal di garis tengah.
Untuk selesai, ketik butang Pengatup lagi.
Ketik anak panah untuk menyorot dalam arah berlawanan. Untuk menyorot secara menegak, pusing dahulu iPad kepada orientasi landskap. Anda juga boleh menterbalikkan arah sorotan menegak.
Ambil swafoto
Bertukar ke kamera depan dengan mengetik atau (bergantung pada model anda).
Pegang iPad di hadapan anda.
Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil syot.
Petua: Pada iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-5) dan iPad Pro 11 inci (generasi ke-3), ketik di sebelah kiri skrin untuk zum keluar dengan cepat dan meningkatkan medan pandangan anda. Ketik untuk zum masuk semula.
Untuk mengambil swafoto dicerminkan yang menangkap syot semasa anda melihatnya dalam bingkai kamera hadapan, pergi ke Seting > Kamera, kemudian aktifkan Cerminkan Kamera Depan atau Cerminkan Foto Depan (pada model lebih awal).
Ambil selfie dalam mod Potret
Pada model yang disokong, anda boleh menggunakan kesan kedalaman medan kepada swafoto anda dengan kamera depan. Kesan ini memastikan muka anda tajam sementara mencipta latar belakang yang dikaburkan dengan cantik.
Pilih mod Potret.
Kamera depan kini aktif.
Bingkaikan diri anda dalam kotak potret kuning.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Laraskan Pencahayaan Potret dalam selfie mod Potret
Pada model yang menyokong Pencahayaan Potret, anda boleh menggunakan kesan pencahayaan berkualiti studio pada selfie mod Potret anda.
Pilih mod Potret, kemudian bingkaikan selfie anda.
Seret untuk memilih kesan pencahayaan:
Cahaya Semula Jadi: Muka dalam fokus tajam dengan latar belakang dikaburkan.
Cahaya Studio: Wajah diterangi dengan cerah dan foto mempunyai rupa yang bersih.
Cahaya Kontur: Muka mempunyai bayang dramatik dengan serlahan dan lampu rendah.
Cahaya Pentas: Muka disuluh dengan latar belakang gelap.
Cahaya Pentas Mono: Kesan serupa dengan Cahaya Pentas, tetapi foto dalam hitam putih klasik.
Cahaya Terang Mono: Mencipta subjek skala kelabu pada latar belakang putih—iPad Pro 11 inci (generasi ke-2 dan lebih baru) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-4 dan lebih baru) sahaja.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Laraskan Kawalan Kedalaman dalam selfie mod Potret
Pada model yang menyokong Kawalan Kedalaman, gunakan gelangsar Kawalan Kedalaman untuk melaraskan aras kabur latar belakang dalam selfie mod Potret anda.
Pilih mod Potret, kemudian bingkaikan selfie anda.
Ketik di sebelah kanan skrin.
Gelangsar Kawalan Kedalaman muncul di sebelah kanan.
Seret gelangsar ke atas atau ke bawah untuk melaraskan kesan.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Selepas anda mengambil foto dalam mod Potret, anda boleh menggunakan gelangsar Kawalan Kedalaman dalam Foto untuk melaraskan kesan kabur latar belakang dengan lebih lanjut. Lihat Laraskan Kawalan Kedalaman dalam foto mod Potret.
Tangkap syot aksi dengan mod Jujukan
Mod Jujukan mengambil berbilang foto berkelajuan tinggi supaya anda boleh mempunyai sebilangan foto untuk dipilih. Anda boleh mengambil foto Jujukan dengan kamera depan dan belakang.
Pilih mod Foto atau Petak.
Sentuh dan tahan butang Pengatup untuk mengambil foto berterusan.
Pembilang menunjukkan bilangan syot yang anda ambil.
Angkat jari anda untuk berhenti.
Untuk memilih foto yang anda mahu simpan, ketik imej kecil Jujukan, kemudian ketik Pilih.
Titik kelabu di bawah imej kecil menandakan foto yang disyorkan untuk disimpan.
Ketik bulatan di penjuru kanan bawah setiap foto yang anda mahu simpan sebagai foto individu, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan keseluruhan kumpulan foto Jujukan, ketik imej kecil, kemudian ketik .
Ambil Live Photo
Live Photo menangkap apa yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto anda, termasuk audio.
Pada model yang menyokong Live Photos, pilih mod Foto.
Ketik untuk mengaktifkan (kuning ialah aktif) atau menyahaktifkan Live Photos.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.
Dalam album anda, Live Photos ditandakan dengan “Live” di penjuru kiri atas. Anda boleh mengedit Live Photos dan menambah kesan seperti Gelung dan Lantun. Lihat Edit Live Photos.